Pentadbir


Warga SKKP2

Masa

Ulti Clocks content

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Panorama Pilihan

Pelawat Dalam Talian

Kami ada 12 tetamu online

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini310
mod_vvisit_counterSemalam218
mod_vvisit_counterMinggu Ini782
mod_vvisit_counterBulan Ini5801
mod_vvisit_counterKeseluruhan726484

Lokasi Pengunjung

free counters

Langgani Berita Kami

Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

By Administrator, on 23-10-2009 00:38

Views : 6975

Favoured : 226

Published in : Berita, TERKINI

Ada deraian airmata mengiringi saat Puan Rapiah meninggalkan perkarangan sekolah 21 Oktober yang lalu. Selama 35 tahun berkhidmat sebagai guru yang sangat berdedikasi, selayaknya beliau dirai dengan penuh meriah pada hari terakhir beliau bergelar penjawat awam. Mengimbas kembali kata-kata beliau semasa menyampaikan ucapan tempohari, "terasa seperti YB bila bersara"..lucu juga Puan Rapiah orangnya sehingga mampu mencuit hati semua hadirin. Meriah dan gamatnya suasana SKKP2 pada pagi itu seakan menyambut ketibaan YB di perkarangan sekolah. Begitulah tanda kami warga SKKP2 menghargai dan menyanjungi beliau yang sentiasa tenang orangnya. Tatkala kereta Honda City yang telah dihias rapi meluncur tiba di perkarangan pintu masuk sekolah, Puan Rapiah yang berbaju biru keluar dengan tersenyum simpul lalu disambut dengan sejambak bunga, paluan kompang, bunga pahar dan bunga-bunga manggar. Beliau juga telah disambut oleh Tuan Guru Besar sendiri, En.Jaafar Bin Warmat, Tuan Hj Muhamad Bin Salih (wakil dari PPD), En. Zakaria Bin Md Yunus (GB SKKP), YDP PIBG En. Ahmad Zaidi dan guru-guru penolong kanan. Manakala semua guru menyambut gembira dengan memberi tepukan tanda penghargaan kehadiran beliau.

Terpancar riak terkejut dan terharu di wajah beliau.Saya terpandang ada mata yang bergenang di saat itu.Tentunya menahan rasa sebak di dada. Cahaya petikan kamera terlihat di sana sini. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang merakamkan saat berharga itu. Mungkin inilah yang dikatakan beliau disambut dan dilayan persis YB. Beliau diarak dengan bunga manggar dan bunga pahar menuju ke Dataran Kejat. Beliau dipayung bak permaisuri disaat menikmati persembahan tarian zapin oleh kumpulan zapin sekolah. Tahniah untuk cikgu Hairi yang telah berjaya mengenengahkan bakat murid-murid ini. Tersusun sungguh tari yang dipersembahkan dan sememangnya cukup mencuri perhatian semua. Selesai berzapin, Puan Rapiah dan jemputan beredar ke dewan terbuka laluan ilmu. Tersergam indah pelamin di pentas menanti insan yang dirai.

 tiba1tiba2

tiba3tiba4

tiba5pn_rapiah_zapin22

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Terpukau seketika saya dek keindahan susunan kata-kata aluan pengacara majlis di pembukaan acara. Namun detik yang paling syahdu tatkala tuan guru besar menyampaikan ucapan. Ada kesayuan di saat melafazkan kisah guru yang telah sama-sama berkhidmat selama 6 tahun di SKKP2. Masing-masing tercari-cari helaian tisu untuk menyapu mutiara putih yang entah mengapa mengalir tanpa diduga. Mungkin inilah tandanya bukan begitu mudah hati untuk melepaskan pemergian sahabat yang akan bersara. Bait kata yang paling diingati...Puan Rapiah adalah seorang guru yang sebenar-benarnya guru..guru sejati..Apapun semua turut sedih termasuklah murid-murid.

pn_rapiah_GB_sedih2pn_rapiah_berucap22

pn_rapiah_pelamin2close2pn_rapiah_4org_gpk

pn_rapiah_hjh_faridah

pn_rapiah_pn_norazahpn_rapiah_pn_rowaida

pn_rapiah_pn_masnitapn_rapiah_pelajar2

pn_rapiah_cik_aslindapn_rapiah_en_zaidi

pn_rapiah_bergambarramaipg2closepn_rapiah_bergambar_ramai2

Saat paling istimewa tatkala Puan Rapiah dijemput naik ke pelamin indah bersama-sama beberapa orang murid yang seakan dayang-dayang menemani raja sehari. Sejurus itu, pembacaan biodata beliau disampaikan oleh cikgu Zarina dengan nada yang penuh emosi. Seiring dengan itu, tayangan multimedia tentang rentetan kehidupan Puan Rapiah dipersembahkan. Sebagai tanda penghargaan dari warga SKKP2, beberapa cenderahati telah disampaikan kepada beliau.

Agenda penghujungnya, semua guru-guru beratur di persisir jalan keluar sekolah dan berkesempatan bersalaman dengan Puan Rapiah untuk mengucapkan selamat jalan. Puan Rapiah telah menaiki kereta mewah yang siap dihias indah persis kereta pengantin baru untuk meninggalkan sekolah yang banyak menyimpan kenangan pahit manis dalam hidupnya. Murid-murid yang berdiri di sepanjang jalan keluar hingga pintu utama sekolah sempat melambaikan tangan dan mengucapkan terima kasih...Puan Rapiah jasamu dikenang, budimu menjadi sanjungan.

pn_rapiah_salamcikgupn_rapiah_salam_cikgu2

pn_rapiah_salam_cikgu3pn_rapiah_diarak

pn_rapiah_diarak2pn_rapiah_cium_tgn2

pn_rapiah_terakhirpn_rapiah_sayup

Intai padi antara masak, esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak, esok jangan kami dilupakan.

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus berganding bahu dalam menjayakan majlis yang merupakan antara majlis terbesar sekolah pada tahun 2009. Tahniah dan syabas diucapkan.

 

 

Last update: 26-10-2009 22:18

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF