Pentadbir


Warga SKKP2

Masa

Ulti Clocks content

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Panorama Pilihan

Pelawat Dalam Talian

Kami ada 5 tetamu online

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini204
mod_vvisit_counterSemalam419
mod_vvisit_counterMinggu Ini1986
mod_vvisit_counterBulan Ini13123
mod_vvisit_counterKeseluruhan706240

Lokasi Pengunjung

free counters

Langgani Berita Kami

Program Mentor-Mentee 2009

By Administrator, on 27-04-2009 22:48

Views : 3979

Favoured : 185

Published in : Berita, TERKINI

Setelah kejayaan Program Titian Kasih, program kecemerlangan UPSR tahun ini disusuli dengan  Program Anak Angkat Tahun Enam 2009 yang dinamakan Program Mentor-Mentee. Program Mentor-Mentee 2009 telah dirasmikan pada 27 April 2009 oleh Guru Besar SK Kangkar Pulai 2 sendiri iaitu En. Jaafar bin Warmat. Agenda program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazli dan diikuti ucapan oleh Guru Besar dan sekaligus beliau merasmikan Program Mentor-Mentee tahun ini.



Berperanan sebagai program tahunan dalam Program Kecemerlangan UPSR, perlaksanaan Program Mento-Mentee disusunkan dengan sangat baik. Selepas perasmian oleh guru besar, acara penyerahan anak-anak angkat (mentee) kepada guru-guru (mentor) dilakukan dengan penuh hormat. Guru Besar juga merupakan antara mentor yang dilantik untuk membimbing mentee yang terlibat.



Tema Program Mento-Mentee pada tahun ini ialah membimbing ke arah kejayaan. Tema ini selaras dengan objektif program iaitu antaranya membantu, membimbing dan memberi sokongan moral kepada murid-murid Tahun 6 dalam semua matapelajaran sebelum menjelang peperiksaan UPSR.
Rasional perlaksanaan program ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab antara guru dan murid serta membantu murid dalam pelajaran termampu yang boleh demi kejayaan murid.



Berdasarkan takwim perlaksanaan program, terdapat 7 perjumpaan yang telah ditetapkan tarikh setiap satunya. Ini merupakan perjumpaan yang pertama. Sesuai sebagai pertemuan yang pertama, fokus yang ditetapkan ialah pengenalan diri, konsep mentor dan konsep mentee. Setiap mentee diedarkan borang maklumat diri yang dilengkapkan untuk rujukan dan simpanan mentor.Semakan kehadiran/perjumpaan juga perlu dicatatkan dalam borang tersebut.



Sepanjang pertemuan yang pertama ini, perkara yang dibincangkan ialah penerangan tentang tujuan perlaksaan mentor-mentee, peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, etika kumpulan dan sesi perkenalan diri oleh mentor dan setiap mentee. Kesimpulannya pertemuan yang pertama ini merupakan sesi perkenalan yang bertujuan mewujudkan talian ukhwah yang mesra dan kuat.

Alhamdulillah, proses pertemuan pertama berjalan dengan lancar.

Last update: 27-04-2009 23:58

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF