Pentadbir


Warga SKKP2

Masa

Ulti Clocks content

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Panorama Pilihan

Pelawat Dalam Talian

Kami ada 13 tetamu online

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini226
mod_vvisit_counterSemalam436
mod_vvisit_counterMinggu Ini226
mod_vvisit_counterBulan Ini10821
mod_vvisit_counterKeseluruhan717335

Lokasi Pengunjung

free counters

Langgani Berita Kami

feed-image Feed Entries
Portal Web Rasmi SK Kangkar Pulai 2, Johor Bahru
Pesta Bola Baling MSSD Kulaijaya

By Administrator, on 13-04-2010 21:38

Views : 2595

Favoured : 267

Published in : Berita, TERKINI

 

SK Kangkar Pulai 2 sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam bidang sukan bola baling apabila menduduki tempat ke-3 di dalam Pesta Bola Baling perempuan 12 tahun MSSD Kulaijaya. Johan bagi kategori P12 jatuh kepada jiran terdekat SKKP2 iaitu SK Kangkar Pulai, manakala tempat kedua ialah SK Kulai Kampung Melayu dan tempat keempat  disandang SK Kota Kulai 1. Pesta bola baling yang telah diadakan pada 12 April 2010 ( L12 ) dan 13 April 2010 ( P12 ) di SK Bukit Batu, Kulaijaya berlangsung dalam keadaan cuaca panas terik. Walaupun SK Kangkar Pulai 2 pulang awal bagi pasukan lelaki, namun pasukan P12 telah berjaya sampai ke suku akhir dengan menentang pasukan yang handal dari pasukan SK Kota Kulai 1. Pasukan SKKP2 berjaya menundukkan pasukan berpengalaman dari SK Kota Kulai 1 dengan mata kemenangan 5-4 setelah diberi 5 minit masa tambahan. Pertarungan sengit tersebut turut menyaksikan kedua-dua pihak lawan saling berbalas jaringan. Namun, dengan semangat dan laungan slogan 'SKKP2 Boleh!' , pasukan kita telah berjaya mengatasi jaringan pihak lawan. Pihak jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring serta seluruh warga SK Kangkar Pulai 2 mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini. Kami amat berbangga dengan kesungguhan para pemain dan kejayaan sulung ini. Semoga SKKP2 akan menjadi salah sebuah sekolah yang disegani di Daerah Kulaijaya suatu hari nanti. Tahniah!

 

P130410_12.31a P130410_11.26a

P130410_10.52a P130410_10.5301a

P130410_14.35a P130410_10.3001a

P130410_18.00a P130410_18.02a

P130410_18.0401a P130410_18.0402a

P130410_18.0801a P130410_18.08a

P120410_11.2301a P120410_11.24a

 

Last update: 16-04-2010 08:35

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Lawatan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

By Administrator, on 07-04-2010 21:35

Views : 2542

Favoured : 221

Published in : Berita, TERKINI

P070410_16.23a

P070410_16.2102a

Pada hari ini, Rabu 7 April 2010, SK Kangkar Pulai 2 telah menerima kunjungan daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai iaitu Puan Noraini Binti Mohd Nor dari Unit Bahasa, PPD Kulai. Kunjungan beliau ke SK Kangkar Pulai 2 bertujuan membuat perbincangan mengenai Program LINUS bersama penyelaras LINUS SKKP2, Puan Rojelah Binti Mat Isa diiringi Tuan Guru Besar SKKP2, Encik Jaafar Bin Warmat. Pertemuan tersebut turut membincangkan data saringan 1 LINUS 2010 di samping membuat penelitian skor murid dan menyemak Kertas Saringan 1 Menulis Literasi ( Bahasa Melayu ). Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada SK Kangkar Pulai 2 kerana telah membantu menyediakan Borang Skor Tambahan untuk Saringan 1 Literasi. Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kunjungan beliau ke SK Kangkar Pulai 2. Semoga kunjungan beliau memberi nafas baru dalam peningkatan akademik murid SKKP2.

Last update: 09-04-2010 10:41

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Majlis Sambutan Maulidurrasul 1421H/2010M

By Administrator, on 05-04-2010 22:07

Views : 2285

Favoured : 221

Published in : Berita, TERKINI

Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W merupakan amalan yang dituntut oleh seluruh umat Muhammad. Bersempena dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 26 Febuari yang lalu, SK Kangkar Pulai 2 telah mengadakan majlis sempena sambutan kelahiran Baginda pada Sabtu, 3 April 2010 yang lalu. Majlis gilang-gemilang itu telah dimeriahkan lagi dengan perarakan semua murid SKKP2 yang diketuai oleh Tuan Guru Besar sendiri Encik Jaafar Bin Warmat, Yang DiPertua PIBG, Puan Hajah Nor Aini Bin Atan (GPK1), Puan Hajah Faridah bt Mohamad Said (GPK HEM) serta  Puan Norazah Binti Baharim (GPKKo). Perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad itu bermula pada jam 8.00 pagi dan masuk semula ke perkarangan sekolah SKKP2 pada pukul 8.30 pagi. Seluruh warga SKKP2 begitu teruja memakai baju Melayu dan baju kurung ketika membuat perarakan.

Selesai berarak, para tetamu dan semua murid dijamu dengan kudapan pagi. Selesai kudapan, para hadirin yang hadir dijamu dengan santapan rohani pula melalui bacan ayat-ayat suci al-Quran dan terjemahannya oleh murid Tahun 6. Sungguh mendamaikan apabila mendengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran tersebut.  Setelah tamat bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan terjemahannya, hadirin sekali lagi dihidangkan dengan dendangan nasyid daripada murid-murid Tahun 5. Tak sangka pula suara adik-adik Tahun 5 begitu merdu sambil memukul tabla dan alat perkusi. Hebat!

Penceramah yang diundang pada kali ini ialah Ustaz Sayuti Bin Mat Razi yang pada hematnya tidak kurang hebat apabila berceramah, siap denga kuiznya sekali! Apalagi, semua murid begitu teruja untuk menjawab soalan bagi mendapatkan hadiah. Setelah mendengar ceramah para hadirin, guru-guru dan murid-murid dihidangkan dengan jamuan ala-ala ambang di dalam dulang.

Gambar-gambar di sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul 1431H/2010M..

IMG_0745a IMG_0737a

IMG_0779aIMG_0794a

IMG_0799a IMG_0787a

IMG_0785a IMG_0803a

IMG_0885a IMG_0897a

IMG_0955a IMG_0938a

IMG_0945a IMG_0952a

IMG_0831a IMG_0953a

IMG_0965a IMG_0959a

Last update: 08-04-2010 09:16

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya 2010

By Administrator, on 24-03-2010 07:25

Views : 3157

Favoured : 220

Published in : Berita, TERKINI

Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya telah berlangsung selama 2 hari di SK Kota Kulai pada 22 dan 23 Mac 2010. Karnival ini telah disertai oleh 22 buah sekolah di seluruh daerah Kulai.

Sekolah-sekolah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan perlawanan secara liga berlangsung. SK Kangkar Pulai 2 muncul Johan kumpulan B apabila berjaya menumpaskan keenam-enam buah sekolah iaitu SK Bukit Permai, SJK(C) Kulai 1, SK Kota Kulai, SK Kota Kulai 2, SK Bandar Tenggara (1) dan SK Murni Jaya. Sebagai pengurus pasukan saya berasa amat terharu dengan semangat pasukan sekolah yang masih beraksi dengan baik di perlawanan terakhir walau setelah beraksi dalam 5 perlawanan dan dalam keadaan hujan mereka berjaya menewaskan SK Murni Jaya sekaligus melayakkan ke peringkat suku akhir. Sebagai jurulatih Cikgu Sekha dan Cikgu Masnita semestinya insan yang paling gembira di saat itu.
Di peringkat suku akhir sekolah telah bertemu dengan Naib Johan kumpulan C SK Kangkar Pulai. Pasukan SKKP2 telah berjaya mendahului perlawanan dan berjaya ke peringkat separuh akhir.

Pasukan SKKP2 beraksi di peringkat suku akhir dan separuh akhir..(hari kedua)

Guru-guru yang melatih, membimbing dan memberi semangat...

Walaupun impian untuk beraksi di peringkat akhir terhenti setelah tewas dua mata dengan SK Kulai, namun ia tidak mematahkan semangat untuk mengalahkan SK Bandar Putra (7-3) sekaligus menempatkan diri di tempat ketiga keseluruhan. Seramai 3 orang pemain telah terpilih sebagai pemain pasukan bawah 12 tahun daerah Kulaijaya di Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 MSSJ.

1. Nuramira bt Tukiman

2. Nur Aina Afrina bt Mohd Hanafi

3. Nuranisyah bt. Zainal Rashid

Tahniah diucapkan...

Last update: 30-03-2010 23:56

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Mesyuarat Agung PIBG 2010

By Administrator, on 06-03-2010 11:04

Views : 2819

Favoured : 231

Published in : Berita, TERKINI

6 Mac 2010- Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini amat bertuah kerana telah menerima kehadiran YBhg En. Syahrin b. Md Jamaludin Setiausaha Politik Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai perasmi majlis. Beliau yang seringkali kita lihat di kaca televisyen kini telahpun menjejakkan kaki di SK Kangkar Pulai 2 kira-kira pada pukul 8.30 pagi semalam.

Beliau yang merupakan anak jati Negeri Johor menitipkan beberapa pengisian dan pesanan yang amat bermakna dalam ucapannya yang penuh bersemangat dan membuatkan para hadirin yang hadir terpana dengan ucapan beliau.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Syahrin dengan diiringi En Ahmad Zaidi kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada 36 orang murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2009.  Beliau juga turut menyerahkan cenderahati beserta sijil kepada barisan AJK PIBG sesi 2009/2010 yang telah menyumbang bakti terhadap sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG telah dipengerusikan oleh YDP En. Ahmad Zaidi b. Bahari disertai barisan AJK PIBG sesi 2009/2010. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru dilantik.

Senarai AJK PIBG 2010/2011:

YDP

Dr. Muhamad Noor b. Harun

NYDP

En. Hafizul b. Nawar

Setiausaha Kehormat

Pn. Rafidah bt. Abd Rahim

Bendahari Kehormat

Pn. Sarina bt Yusop

AJK Ibu Bapa

En. Azrol, En. Abd Manaf, En Zulkifli b. Bakar, En. John Palmer, En. Kamarudin b. Othman, Pn. Sri Wahab

AJK Guru

En. SaifuFadzilah b. Suratman, Pn. Siti Hafizah bt Mohd, Pn. Zuhana bt Sa'don, En. Mohd Aminuddin

Pendaftaran ibu bapa dan guru..

Pendaftaran_1a Pendaftaran_4a daftar1

Sempat lagi bergambar sementara menunggu ketibaan 'VIP..

Menunggu_1a Menunggu_2a tunggu_1a

Ketibaan YBhg En. Shahrin Bin Md. Jamaludin disambut dengan paluan kompang..

Ketibaan_1a Ketibaan_2a Ketibaan_6a

Barisan 'VIP' dan hadirin yang hadir..

VIP_1avip1a Hadirin_4ahadirin_2a hadirin_3ahadirin_1

GB_1a vip2a

Sebahagian penerima dan wakil bagi anugerah kecemerlangan UPSR 2009. Tahniah!

terima1 terima_4a terima_3a

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang lama..Terima kasih di atas perjuangan kalian selama ini..

ajk1aajk2a

tanya2atanya1a

Para ibu bapa dan guru-guru begitu bersemangat mengangkat tangan sebagai tanda setuju dengan pemilihan yang dibuat..

setuju1asetuju2a

Inilah dia barisan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru..Tahniah.

ajkbaru1aajkbaru2a

 

 

 

 

 

Last update: 08-03-2010 22:57

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
Temasya Olahraga SKKP2 Kali ke-7

By Administrator, on 12-02-2010 08:39

Views : 3237

Favoured : 228

Published in : Berita, TERKINI

Temasya Olahraga SKKP2 kali ke-7 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Feb 2010 yang lalu. Adik Mohd Eqzuan Eqkmal bin Mohd Jaid telah diumumkan sebagai Olahragawan 2010 dan adik Norhawani sebagai Olahragawati 2010. Anugerah Olahragawan Harapan disandang oleh adik Mohd Nazri dan Olahragawati Harapan dianugerahkan kepada adik Raja Nuraidatul Niesya. Tahniah diucapkan.

Temasya Olahraga SKKP2 kali ke -7 telah dirasmikan oleh YB Abd Aziz bin Sapian, ADUN Nusajaya.

Persembahan Aerobik Berirama oleh murid-murid tahun 3. Kumpulan ini telah dibimbing oleh cikgu Umi dan cikgu Zuhana.

Rumah Tun Mahathir sekali lagi diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Temasya Olahraga SKKP2 buat kali ke-7 berturut-turut...

Johan (Rumah Tunku Abdul Rahman) dan Naib Johan (Rumah Tun Mahathir) Khemah Rumah Sukan.

Johan (Rumah Tun Mahathir)dan Naib Johan (Rumah Tunku Abdul Rahman) Perbarisan.

Gaya perbarisan Rumah Tunku Abdul Razak dan Rumah Tun Hussien Onn.

Persatuan Bulan Sabit Merah muncul juara perbarisan Unit Beruniform.

Inilah pelapis muda yang bakal bergelar olahragawan SKKP2 kelak...Inilah gaya murid-murid Pra-Sekolah semasa acara sukaneka.

Para juri yang setia di padang mengharungi mentari terik...

Para peserta acara Musang Berjanggut...

Kumpulan guru SKKP2 terpaksa akur dengan kehandalan kumpulan ibu-bapa.

Juruacara cikgu Fizah dan cikgu Eta yang penat melontarkan suara sempat memberikan senyuman yang paling manis...

Detik-detik manis menyaksikan aksi raja dan ratu pecut sekolah...

Last update: 13-02-2010 14:23

User comments Quote this article in website Favoured Print Send to friend Save this to del.icio.us Related articles Read more...
PDF
 
<< Mula < Sblm 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Seterusnya > Tamat >>

Muka 16 daripada 25